Sunday, June 20, 2010

DI TARIK PINGAT DAN PUNGUT PINGAT


Kedua-duanya membabitkan pingat. Cerita pingat ini menghiasi media sepanjang tempoh dua minggu ini dan ia amat menarik minat Sang Belang untuk mengupas isu ini. Di selatan tanahair pingat ditarik balik, begitu juga di pantai timur. Manakala di Melaka sepanjang tempoh berkenaan setiap hari pingat dikalungkan kepada atlit-atlit Sukan Malaysia dalam pelbagai acara.

Setiap atlit pasti teruja dan bangga teramat sangat apabila pingat dikalungkan ke leher selepas keringat yang dicurahkan dengan latihan keras setiap hari akhirnya membuahkan hasil. Lebih membanggakan jika berjaya memecah rekod kejohanan atau kebangsaan. Lagu negeri dengan kibaran bendera pastinya menyentuh hati kerana telah berbakti kepada negeri kelahiran. Dan selepas ini sudah pasti akan ada satu lagi majlis iaitu penyampaian wang tunai yang telah dijanjikan sebagai habuan kemenangan.

Bagaimana pula yang kalah, kehadiran di majlis berkenaan sudah pasti hanya untuk memenuhi jemputan (terpaksa hadir). Inilah dua situasi berbeza yang seharusnya diterbalikkan menjurus kepada sikap yang positif. Kepada yang menerima pingat janganlah anda terlalu mendabik dada, lupa diri atau apa saja yang bersifat angkuh kerana pingat anda hanyalah berstatus tempatan. Jadikanlah pingat itu sebagai batu loncatan untuk meraih pingat yang lebih berprestij iaitu di peringkat Asia atau Olimpik.

Kepada yang gagal meraih pingat janganlah berputus asa. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih menyerlah di peringkat tertinggi. Inilah sikap dan semangat yang harus sentiasa ada di jiwa setiap atlit negara seperti jersi yang anda pakai yang bercorakkan belang-sang belang.

Kepada yang ditarik pingat, sudah pasti ada sebab musababnya. Anda mungkin telah berjasa namun anda gagal mengekalkan status itu. Apa saja perasaan anda, hanya anda saja yang tahu kenapa begitu jadinya.

Sememangnya cerita pingat ini amat menarik perhatian Sang Belang

TAHNIAH MSN (MAJLIS SUKAN NEGARA


Tahniah dan setinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN, anda ternyata seorang pegawai awam yang ikhlas dan jujur menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir. SangBelang mengikuti sepenuhnya wawancara Dato’ di TV1 pada 18 Jun 2010 mengenai Sukan Malaysia yang sedang berlangsung di Melaka.

Tahniah juga kepada kerajaan negeri Melaka kerana berjaya menganjurkan temasya berkenaan serta tidak ketinggalan kepada TV1 yang menyiarkan laporan setiap hari walaupun nampak ketandusan pengulas-pengulas berwibawa. RTM menjadikan Sukan Malaysia sebagai gelanggang untuk memberi pengalaman kepada pengulas-pengulas mudanya.

Berbalik kepada Dato’ Zol dan MSN, Sang Belang bersetuju sangat bahawa jangan dipedulikan pegawai-pegawai persatuan sukan terutama tiga yang teratas (Presiden, Timbalan dan Setiausaha) jika mereka tidak berada di venue-venue acara walaupun yang bertanding itu membabitkan sukan mereka. Tahniah Sang Belang ucapkan kepada Setiausaha FAM yang khabarnya terus sahaja berada di Melaka sebaik mendarat di KLIA dari Afrika Selatan.

Sang Belang setuju sangat bahawa Sukan Malaysia hanyalah di Melaka dan bukannya di luar negara. Jika di luar negara pasti merekalah yang terawal akan sampai, kononnya untuk membuat tinjauan dan pelbagai alas an lagi.

Jangan pedulikan mereka Dato’. MSN teruskan dengan dasar atau program yang telah dirancang demi masa depan atlit dan sukan negara. Jangan dibiarkan atlit-atlit yang cemerlang di peringkat ini terbiar tanpa arah. Sehingga hari ini MSN telah berjaya melahirkan atlit-atlit yang baik dan cemerlang walaupun ada setengahnya yang cepat lupa diri dan ‘terperasan’ dengan pencapaian yang tidak seberapa.

Kepada atlit-atlit yang berjaya mengondol pingat emas, perak dan gangsa, ingatan Sang Belang janganlah cepat lupa diri dan rasa diri terlalu hebat kerana anda belum berada di peringkat Asia, jauh sekali Olimpik. Teruskan usaha gandakan wang kemenangan daripada seribu, dua kepada ratus ribu seperti yang ditawarkan oleh kerajaan. Catatkan nama anda sebagai lagenda sukan negara dan bukan hanya dikenang menerusi jersi negeri sahaja.

Kepada pemimpin persatuan sukan, tunaikan amanah dan tanggungjawab kerana anda yang memilih untuk menjadi pemimpin.

Friday, June 11, 2010

[WORLD CUP 2010] South Africa vs Mexico [1-1] GOAL, Marquez

South Africa vs Mexico (1 - 1) [2010 FIFA World Cup Group A first match]...

JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA


Saya teringin berkongsi jadual penuh perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Nota: Waktu yang ditunjukkan adalah waktu sepak mula perlawanan dan mengikut waktu di Negara Malaysia.

PENGADIL KITA BERTARAF DUNIA

Pengadil keempat perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Afrika Selatan dan Mexico, Subkhiddin Mohd Salleh (tiga, kiri) dari Malaysia. Perlawanan Piala Dunia yang beraksi di Afrika Selatan bermula malam tadi hingga 11 Julai depan. Tayangan perlawanan secara langsung akan disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro dan menerusi telefon bimbit. Foto BERNAMA

Salam Perkenalan

Buat semua peminat sukan tanah air, laman blog ini diwujudkan bagi mengumpul seramai mungkin peminat dan pengikut sukan negara... semoga segala idea yang ada dapat dikongsikan bersama..