
Kedua-duanya membabitkan pingat. Cerita pingat ini menghiasi media sepanjang tempoh dua minggu ini dan ia amat menarik minat Sang Belang untuk mengupas isu ini. Di selatan tanahair pingat ditarik balik, begitu juga di pantai timur. Manakala di Melaka sepanjang tempoh berkenaan setiap hari pingat dikalungkan kepada atlit-atlit Sukan Malaysia dalam pelbagai acara.
Setiap atlit pasti teruja dan bangga teramat sangat apabila pingat dikalungkan ke leher selepas keringat yang dicurahkan dengan latihan keras setiap hari akhirnya membuahkan hasil. Lebih membanggakan jika berjaya memecah rekod kejohanan atau kebangsaan. Lagu negeri dengan kibaran bendera pastinya menyentuh hati kerana telah berbakti kepada negeri kelahiran. Dan selepas ini sudah pasti akan ada satu lagi majlis iaitu penyampaian wang tunai yang telah dijanjikan sebagai habuan kemenangan.
Bagaimana pula yang kalah, kehadiran di majlis berkenaan sudah pasti hanya untuk memenuhi jemputan (terpaksa hadir). Inilah dua situasi berbeza yang seharusnya diterbalikkan menjurus kepada sikap yang positif. Kepada yang menerima pingat janganlah anda terlalu mendabik dada, lupa diri atau apa saja yang bersifat angkuh kerana pingat anda hanyalah berstatus tempatan. Jadikanlah pingat itu sebagai batu loncatan untuk meraih pingat yang lebih berprestij iaitu di peringkat Asia atau Olimpik.
Kepada yang gagal meraih pingat janganlah berputus asa. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih menyerlah di peringkat tertinggi. Inilah sikap dan semangat yang harus sentiasa ada di jiwa setiap atlit negara seperti jersi yang anda pakai yang bercorakkan belang-sang belang.
Kepada yang ditarik pingat, sudah pasti ada sebab musababnya. Anda mungkin telah berjasa namun anda gagal mengekalkan status itu. Apa saja perasaan anda, hanya anda saja yang tahu kenapa begitu jadinya.
Sememangnya cerita pingat ini amat menarik perhatian Sang Belang
Pungut pingat itu terbaik.........
ReplyDeleteDitarik pingat itu terburuk..