
Tahniah dan setinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN, anda ternyata seorang pegawai awam yang ikhlas dan jujur menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir. SangBelang mengikuti sepenuhnya wawancara Dato’ di TV1 pada 18 Jun 2010 mengenai Sukan Malaysia yang sedang berlangsung di Melaka.
Tahniah juga kepada kerajaan negeri Melaka kerana berjaya menganjurkan temasya berkenaan serta tidak ketinggalan kepada TV1 yang menyiarkan laporan setiap hari walaupun nampak ketandusan pengulas-pengulas berwibawa. RTM menjadikan Sukan Malaysia sebagai gelanggang untuk memberi pengalaman kepada pengulas-pengulas mudanya.
Berbalik kepada Dato’ Zol dan MSN, Sang Belang bersetuju sangat bahawa jangan dipedulikan pegawai-pegawai persatuan sukan terutama tiga yang teratas (Presiden, Timbalan dan Setiausaha) jika mereka tidak berada di venue-venue acara walaupun yang bertanding itu membabitkan sukan mereka. Tahniah Sang Belang ucapkan kepada Setiausaha FAM yang khabarnya terus sahaja berada di Melaka sebaik mendarat di KLIA dari Afrika Selatan.
Sang Belang setuju sangat bahawa Sukan Malaysia hanyalah di Melaka dan bukannya di luar negara. Jika di luar negara pasti merekalah yang terawal akan sampai, kononnya untuk membuat tinjauan dan pelbagai alas an lagi.
Jangan pedulikan mereka Dato’. MSN teruskan dengan dasar atau program yang telah dirancang demi masa depan atlit dan sukan negara. Jangan dibiarkan atlit-atlit yang cemerlang di peringkat ini terbiar tanpa arah. Sehingga hari ini MSN telah berjaya melahirkan atlit-atlit yang baik dan cemerlang walaupun ada setengahnya yang cepat lupa diri dan ‘terperasan’ dengan pencapaian yang tidak seberapa.
Kepada atlit-atlit yang berjaya mengondol pingat emas, perak dan gangsa, ingatan Sang Belang janganlah cepat lupa diri dan rasa diri terlalu hebat kerana anda belum berada di peringkat Asia, jauh sekali Olimpik. Teruskan usaha gandakan wang kemenangan daripada seribu, dua kepada ratus ribu seperti yang ditawarkan oleh kerajaan. Catatkan nama anda sebagai lagenda sukan negara dan bukan hanya dikenang menerusi jersi negeri sahaja.
Kepada pemimpin persatuan sukan, tunaikan amanah dan tanggungjawab kerana anda yang memilih untuk menjadi pemimpin.
No comments:
Post a Comment